Saturday, March 3, 2012

Program Ziarah mendekatkan pemimpin dengan masyarakat




3/03/2012: Sabtu. Program ziarah telah dilakukan di Pandan 1 dan 2 oleh bakal calon Dun Panching Ustaz Yusof Embong bersama - sama dengan rombongannya yang diwakili oleh pas cawangan Pandan 1 dan 2. Ziarah ini merupakan amalan biasa kepada Ustaz Yusof Embong selaku YDP Kawasan Paya Besar yang sebelum ini telah banyak kali dilakukan untuk melihat sendiri kesusahan rakyat yang perlukan keprihatinan daripada Pas Kawasan.
  Amalan ini merupakan jadual yang perlu dipenuhi oleh Ustaz Yusof Embong yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Pahang, walaupun beliau begitu padat jadualnya namun keprihatianan beliau untuk menjenggok keadaan rakyat disekitar Kawasan Paya Besar. Buah tangan seperti risalah, buah krismis dan air Zam-zam diberikan kepada mereka yang diziarahi. Seramai 6 keluarga di Pandan 1 dan 5 keluarga di Pandan 2 telah dilawati dan mempunyai berbagai latarbelakang. Ramai diantara mereka adalah orang tua yang sakit dan tak kurang juga mereka yang diziarahi adalah ahli Pas sendiri yang kurang aktif.
    Sebelum itu Ustaz Yusof Embong juga telah merasmikan dan menaikkan bendera besar di Markaz Pas Pandan 2. Bendera sebesar 6 X 8 kaki dan tiang setinggi 40 kaki telah dinaikkan dan bendera ini merupakan bendera besar yang kedua dinaikkan selepas bendera yang besar 11 X 12 kaki dinaikkan di Taman tas. Ustaz Yusof juga telah bersama dengan "program pemeriksaan kesihatan percuma" oleh doktor pakar dan juga student perubatan di Pandan 1, beliau telah bersama dengan ajk Pas Pandan 1 menyambut kehadiran orang ramai untuk membuat pemeriksaan tersebut. Ini merupakan salah satu lagi program yang dianjurkan oleh pas cawangan untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.
   Ustaz Yusof begitu berpuas hati dengan program yang dijalankan pada hari ini dan mengharapkan ianya boleh diteruskan lagi dimasa akan datang dan juga di semua cawangan di dalam kawasan Paya Besar.

No comments:

Post a Comment