Saturday, January 7, 2012

OKU dapat bantuan daripda Pas Paya Besar

Baru-baru ini Pas Paya Besar melalui Cawangan Pas Panching Timur telah menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Abdul Latif. Bantuan itu adalah sumbangan ahli dan ajk Pas Kawasan Paya Besar dan juga MTD Panching. Ustaz Yusof Embong selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar telah meluangkan masanya dan menyampaikan bantuan tersebut agar dapat meringankan bebannya untuk membaiki rumah beliau yang dah uzur.

Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya telah pergi dengan rombongannya kerumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang diusahakan oleh ajk Pas Paya Besar maka bolehlah beliau membaikpulih rumah itu. Abdul Latif yang cacat anggota kaki menggunakan bantuan tongkat untuk meneruskan hidupnya amat terharu dan berterimakasih dengan semua ajk pas. Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk mengupah tukang.

sesiapa yang ingin membantua belaiu bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon 019-99333786

Friday, January 6, 2012

Bantuan Kasut Sekolah untuk masyarakat Pandan 1

Keperitan hidup yang dialami oleh sesetengah masyarakat yang agak kurang pendapatan telah dibantu oleh Pas Cawangan Pandan 1 dengan meringankan sedikit beban ibubapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Baru-baru ini Pas Cawangan Pandan 1 telah memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan dengan menyumbangkan kasut sekolah bagi mereka yang pendapatannya agak kurang.

Dengan bantuan ini bolehlah para pelajar yang baru dan akan melangkah masuk alam persekolahan memakai kasut baru, seramai tujuh keluarga yang dikenal pasti telah menerima bantuan ini, Pihak Pas Pandan 1 menyatakan walaupun sumbangan ini amat kecil tapi ianya amat berharga kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jika satu keluarga hendak menyekolahkan tiga anaknya ianya amat membebankan mereka dengan sara hidup yang tinggi masa kini.

Ustaz Tarmizi Yahya selaku Timbalan Yang Dipertua Pas Paya Besar telah meluangkan masa menyampaikan bantuan ini. Beliau amat terharu dengan pendekatan yang dibuat oleh Pas Cawangan Pandan 1 yang bernaung dibawah DUN Panching. Beliau juga merangkap selaku Pengarah DUN Panching menyeru kepada semua UPU atau Cawangan agar mengikuti langkah Pandan 1supaya kita lebih dekat dengan masyarakat dan bersama dengan mereka untuk membantu mereka yang susah dan tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebelum itu TYDP Ustaz Tarmizi telah merasmi dan mengunjungi tapak program Gunting Rambut Perdana Percuma juga dianjurkan oleh Pas Cawangan Pandan 1 yang bertempat didepan Kuantan Airport. Seramai 35 pelajar yang akan bersekolah telah datang dan mereka diraikan oleh ustaz Tarmizi sambil diperhatikan oleh ibubapa mereka. Dua orang tukang gunting yang mahir telah ditugaskan untuk program ini. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang, sambil itu tanyangan LCD juga telah ditayangkan untuk tatapan pelajar dan ibubapa agar tidak bosan menunggu.

Wednesday, January 4, 2012

Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF

 
KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.
Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

“Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Harris, dalam perbicaraan hari ini pihak Felda gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak peneroka.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.