Sunday, February 19, 2012

Pertandingan Makan Roti Canai Cara Rasulullah di Permatang Badak





Pertandingan makan roti canai telah dianjurkan oleh MTD Panching dimana ada kelainan sedikit akan pelaksanaannya, Peserta yang menyertai pertandingan ini berumur bawah 40 tahun dan semuanya lelaki dan pemenang adalah dikira oleh juri dengan memerhatikan peserta yang makan roti canai dengan berhemah, sopan seperti dan mengikut sunah Rasulullah S.A.W. Seramai 10 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan di kawasan Permatang Badak di sebuah kedai makan milik ahli Pas Paya Besar.
      Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Yusof Embong Selaku Yang DiPertua Pas Paya Besar, Beliau telah memberikan semangat dan juga menyampaikan sedikit tazkirah ringkas kepada peserta serta penduduk setempat yang hadir dan turut hadir Ustaz Tarmizi Yahya selaku TYDP dan juga Pengarah MTD Panching. Majlis diserikan lagi dengan nyayian nasyid oleh pelajar dari Mahat Tahfiz Muhammadiah Permatang Badak, tiga lagu disampaikan dan mengakhiri persembahan mereka dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan dinyayikan bersama oleh para hadirin.
     Majlis juga telah menyampaikan sumbangan kepada para ibu tunggal dan yang sakit. Seramai 10 orang ibu tunggal dan 2 orang pesakit yang diwakii oleh keluarga menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Embong yang berupa barangan asas makanan. Majlis juga diserikan dengan cabutan bertuah dimana seramai 10 orang hadirin yang telah menerima hadiah dan cabutan serta hadiah disampaikan oleh Sdr Yaakop selaku pengarah UPU Bukit Rangin dan juga Ustaz Yusof Embong. Pemenang bagi pertandingan makan roti canai cara Rasulullah telah dimenangi oleh Adik Muhammad Hafis bin Abdullah dari Permatang Badak.

Sunday, February 12, 2012

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Saturday, February 4, 2012

PR Pahang akan selesai masalah tanah rakyat

TEMERLOH, 4 Feb: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.

Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.

Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak.

Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka.

“Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,” katanya ketika berucap pada majlis dialong di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini, semalam.

Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah.

Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedang masih ramai rakyat Pahang belum mempunyai tanah untuk tapak rumah.