![]() Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu. Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh. Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah. Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik. Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan. “Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi," katanya kepada Harakahdaily. Menurut Harris, dalam perbicaraan hari ini pihak Felda gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak peneroka. Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari. Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan. |
Wednesday, January 4, 2012
Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF
Thursday, December 29, 2011
ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGVH
Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.
"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.
Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.
Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.
"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.
Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).
"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.
NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Tuesday, December 27, 2011
Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran
BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.
Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.
"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.
"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.
Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.
Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.
Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."
Kenduri kesyukuran
"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.
"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.
Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

ANAK buat aduan kedua isu pelantikan Isa Samad
Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, aduan itu dibuat kerana badan yang dianggotai peneroka itu tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.
"Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar (menjadi) ahli koperasi Felda," katanya kepada pemberita selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur.
Penjelasan SKM berkenaan didakwa bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB.
Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan.
Malah, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPF, kata Mazlan lagi.
Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan pelantikan pengerusi KPF mempunyai kaitan dengan penyenaraian satu lagi anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)