Saturday, February 4, 2012

PR Pahang akan selesai masalah tanah rakyat

TEMERLOH, 4 Feb: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.

Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.

Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak.

Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka.

“Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,” katanya ketika berucap pada majlis dialong di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini, semalam.

Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah.

Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedang masih ramai rakyat Pahang belum mempunyai tanah untuk tapak rumah.

No comments:

Post a Comment