tag:blogger.com,1999:blog-40640971712762182362024-02-06T21:40:56.343-08:00P84 Pas Paya BesarPerjuangan menegakkan Islam dan berjihad kerana Allah.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-56535812589591094942012-03-07T22:44:00.001-08:002012-03-07T22:44:28.275-08:00TERAS: Buang sisa Lynas ke Sungai Lembing kerja gilaCadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang
memproses nadir bumi milik Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di
Gebeng, Kuantan dibuang di Sungai Lembing dibantah keras oleh NGO, Teras
Pengupayaan Melayu (TERAS).

Sambil menyifatkan cadangan itu sebagai tindakan gila, presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri)
dalam satu kenyataan media berkata jika ini benar-benar dilakukan ia
adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil
tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

“Amat jahil
bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan
radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

“Ekologi
sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa
radioaktif, pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat
lagi,” katanya.

Menurut Mohd Azmi, walaupun cadangan menteri
besar Pahang itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak
digunakan, namun interaksi air bawah tanah yang akhirnya akan bersambung
ke sungai pasti akan memberi kesan yang berbahaya dalam jangka
panjang.

Katanya, TERAS bukan sahaja mengambil kira soal
kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing yang bakal
terjejas itu tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan
bakal rosak dan tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan
sisa radioaktif.

“Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah
undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

“Ini
juga akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini
dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan,”
katanya.

Selain itu, Mohd Azmi turut mendesak supaya pemimpin
negara tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung isu itu
kerana tindakan mereka terus mengelirukan malah menyusahkan pegawai
kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

“Padahal
kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu
pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan
membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

“Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

“Yang
jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik
hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko
tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,” katanya.

Sehubungan
itu, kata Mohd Azmi, TERAS mendesak kerajaan BN agar tidak lagi
membohongi rakyat dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang
disebut oleh Najib.

“Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus
projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara,” akhiri
kenyataan beliau.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-21733668362747186822012-03-03T08:23:00.000-08:002012-03-03T08:23:20.415-08:00Program Ziarah mendekatkan pemimpin dengan masyarakat

3/03/2012: Sabtu. Program ziarah telah dilakukan di Pandan 1 dan 2 oleh bakal calon Dun Panching Ustaz Yusof Embong bersama - sama dengan rombongannya yang diwakili oleh pas cawangan Pandan 1 dan 2. Ziarah ini merupakan amalan biasa kepada Ustaz Yusof Embong selaku YDP Kawasan Paya Besar yang sebelum ini telah banyak kali dilakukan untuk melihat sendiri kesusahan rakyat yang perlukan keprihatinan daripada Pas Kawasan.

Amalan ini merupakan jadual yang perlu dipenuhi oleh Ustaz Yusof Embong yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Pahang, walaupun beliau begitu padat jadualnya namun keprihatianan beliau untuk menjenggok keadaan rakyat disekitar Kawasan Paya Besar. Buah tangan seperti risalah, buah krismis dan air Zam-zam diberikan kepada mereka yang diziarahi. Seramai 6 keluarga di Pandan 1 dan 5 keluarga di Pandan 2 telah dilawati dan mempunyai berbagai latarbelakang. Ramai diantara mereka adalah orang tua yang sakit dan tak kurang juga mereka yang diziarahi adalah ahli Pas sendiri yang kurang aktif.

Sebelum itu Ustaz Yusof Embong juga telah merasmikan dan menaikkan bendera besar di Markaz Pas Pandan 2. Bendera sebesar 6 X 8 kaki dan tiang setinggi 40 kaki telah dinaikkan dan bendera ini merupakan bendera besar yang kedua dinaikkan selepas bendera yang besar 11 X 12 kaki dinaikkan di Taman tas. Ustaz Yusof juga telah bersama dengan "program pemeriksaan kesihatan percuma" oleh doktor pakar dan juga student perubatan di Pandan 1, beliau telah bersama dengan ajk Pas Pandan 1 menyambut kehadiran orang ramai untuk membuat pemeriksaan tersebut. Ini merupakan salah satu lagi program yang dianjurkan oleh pas cawangan untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Ustaz Yusof begitu berpuas hati dengan program yang dijalankan pada hari ini dan mengharapkan ianya boleh diteruskan lagi dimasa akan datang dan juga di semua cawangan di dalam kawasan Paya Besar.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-33196980166122519282012-02-19T01:24:00.000-08:002012-02-19T01:24:25.446-08:00Pertandingan Makan Roti Canai Cara Rasulullah di Permatang Badak

Pertandingan makan roti canai telah dianjurkan oleh MTD Panching dimana ada kelainan sedikit akan pelaksanaannya, Peserta yang menyertai pertandingan ini berumur bawah 40 tahun dan semuanya lelaki dan pemenang adalah dikira oleh juri dengan memerhatikan peserta yang makan roti canai dengan berhemah, sopan seperti dan mengikut sunah Rasulullah S.A.W. Seramai 10 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan di kawasan Permatang Badak di sebuah kedai makan milik ahli Pas Paya Besar.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Yusof Embong Selaku Yang DiPertua Pas Paya Besar, Beliau telah memberikan semangat dan juga menyampaikan sedikit tazkirah ringkas kepada peserta serta penduduk setempat yang hadir dan turut hadir Ustaz Tarmizi Yahya selaku TYDP dan juga Pengarah MTD Panching. Majlis diserikan lagi dengan nyayian nasyid oleh pelajar dari Mahat Tahfiz Muhammadiah Permatang Badak, tiga lagu disampaikan dan mengakhiri persembahan mereka dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan dinyayikan bersama oleh para hadirin.

Majlis juga telah menyampaikan sumbangan kepada para ibu tunggal dan yang sakit. Seramai 10 orang ibu tunggal dan 2 orang pesakit yang diwakii oleh keluarga menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Embong yang berupa barangan asas makanan. Majlis juga diserikan dengan cabutan bertuah dimana seramai 10 orang hadirin yang telah menerima hadiah dan cabutan serta hadiah disampaikan oleh Sdr Yaakop selaku pengarah UPU Bukit Rangin dan juga Ustaz Yusof Embong. Pemenang bagi pertandingan makan roti canai cara Rasulullah telah dimenangi oleh Adik Muhammad Hafis bin Abdullah dari Permatang Badak.

PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-21678679293472934382012-02-12T21:42:00.001-08:002012-02-12T21:42:12.493-08:00Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

KUALA LUMPUR, 13 Feb:
Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang
merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan
memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan
meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin
Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut
menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta
tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan
pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini
perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut
yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan
Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan
permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat
oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP
adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin
berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan
untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi
semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita
melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan
mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh
semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan
sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar
Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan
RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang
timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan
Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai
bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang
cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita
melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang
layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi
wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai
kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu
yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati
wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak,"
sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga
ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan
apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan
sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak
Baitumal MAIWP.
PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-54137883369769532922012-02-04T19:42:00.000-08:002012-02-04T19:42:36.052-08:00PR Pahang akan selesai masalah tanah rakyat

TEMERLOH, 4 Feb:
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan
kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah
sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.

Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi
keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi
isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.

Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan
Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya
kepada rakyat yang layak.

Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka.

“Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan
dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,”
katanya ketika berucap pada majlis dialong di kawasan Dewan Undangan
Negeri Kuala Sentul dekat sini, semalam.

Katanya, dasar kerajaan negeri sekarang dilihat lebih mengutamakan pelabur asing dan syarikat korporat untuk mendapat tanah.

Beliau memberi contoh bagaimana syarikat Lynas yang penuh
kontroversi itu telah beri tanah kira-kira 200 ekar sedang masih ramai
rakyat Pahang belum mempunyai tanah untuk tapak rumah.
PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-8090328753942333722012-01-07T21:07:00.001-08:002012-01-07T21:07:12.064-08:00OKU dapat bantuan daripda Pas Paya Besar

Baru-baru
ini Pas Paya Besar melalui Cawangan Pas Panching Timur telah
menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Abdul
Latif. Bantuan itu adalah sumbangan ahli dan ajk Pas Kawasan Paya Besar
dan juga MTD Panching. Ustaz Yusof Embong selaku Yang Dipertua Pas
Kawasan Paya Besar telah meluangkan masanya dan menyampaikan bantuan
tersebut agar dapat meringankan bebannya untuk membaiki rumah beliau
yang dah uzur.

Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya telah pergi dengan
rombongannya kerumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan
oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang
diusahakan oleh ajk Pas Paya Besar maka bolehlah beliau membaikpulih
rumah itu. Abdul Latif yang cacat anggota kaki menggunakan bantuan
tongkat untuk meneruskan hidupnya amat terharu dan berterimakasih dengan
semua ajk pas. Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan
bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk
mengupah tukang.

sesiapa yang ingin membantua belaiu bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon 019-99333786PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-12347932980683587022012-01-06T18:31:00.000-08:002012-01-06T18:35:11.485-08:00Bantuan Kasut Sekolah untuk masyarakat Pandan 1

Keperitan hidup yang dialami oleh sesetengah masyarakat yang agak kurang pendapatan telah dibantu oleh Pas Cawangan Pandan 1 dengan meringankan sedikit beban ibubapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Baru-baru ini Pas Cawangan Pandan 1 telah memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan dengan menyumbangkan kasut sekolah bagi mereka yang pendapatannya agak kurang.

Dengan bantuan ini bolehlah para pelajar yang baru dan akan melangkah masuk alam persekolahan memakai kasut baru, seramai tujuh keluarga yang dikenal pasti telah menerima bantuan ini, Pihak Pas Pandan 1 menyatakan walaupun sumbangan ini amat kecil tapi ianya amat berharga kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jika satu keluarga hendak menyekolahkan tiga anaknya ianya amat membebankan mereka dengan sara hidup yang tinggi masa kini.

Ustaz Tarmizi Yahya selaku Timbalan Yang Dipertua Pas Paya Besar telah meluangkan masa menyampaikan bantuan ini. Beliau amat terharu dengan pendekatan yang dibuat oleh Pas Cawangan Pandan 1 yang bernaung dibawah DUN Panching. Beliau juga merangkap selaku Pengarah DUN Panching menyeru kepada semua UPU atau Cawangan agar mengikuti langkah Pandan 1supaya kita lebih dekat dengan masyarakat dan bersama dengan mereka untuk membantu mereka yang susah dan tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Sebelum itu TYDP Ustaz Tarmizi telah merasmi dan mengunjungi tapak program Gunting Rambut Perdana Percuma juga dianjurkan oleh Pas Cawangan Pandan 1 yang bertempat didepan Kuantan Airport. Seramai 35 pelajar yang akan bersekolah telah datang dan mereka diraikan oleh ustaz Tarmizi sambil diperhatikan oleh ibubapa mereka. Dua orang tukang gunting yang mahir telah ditugaskan untuk program ini. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang, sambil itu tanyangan LCD juga telah ditayangkan untuk tatapan pelajar dan ibubapa agar tidak bosan menunggu.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-52695195383776624872012-01-04T04:28:00.000-08:002012-01-04T04:28:14.431-08:00Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF

KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.

Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

“Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Harris, dalam perbicaraan hari ini pihak Felda gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak peneroka.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-33805421818313633782011-12-29T16:15:00.000-08:002011-12-29T16:15:05.738-08:00ANAK tarik Ku Li untuk kempen isu FGVHPersatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan menampilkan putera raja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu program jelajah berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd ke Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, dengan nama Gerakan Selamatkan Felda itu dirancang untuk membabitkan Tengku Razaleigh atas kapasiti bekas menteri kewangan itu sebagai salah seorang pengasas Felda.

"(Dalam) isu penyenaraian (ini), beliau berhajat bertemu dengan kami. Mungkin sudah sampai masanya beliau menyatakan pendiriannya tentang Felda kerana beliau antara yang terbabit dengan penubuhan Felda," kata Mazlan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh hari ini berhubung perkara itu.

Selain Tengku Razaleigh, program jelajah anjuran ANAK dan sepuluh NGO lain itu juga dirancang untuk membabitkan beberapa tokoh lain yang telah berjasa kepada Felda, termasuk seorang bekas pengerusi, Tan Sri Raja Alias Raja Ali.

"Banyak lagi tokoh-tokoh lain (kita sedang berhubung)... Ini untuk melonjakkan kebersamaan dalam isu Felda (supaya) menjadi isu nasional untuk dipertimbangkan secara serius oleh perdana menteri," kata Mazlan.

Dalam mesyuarat hari ini, yang dihadiri 11 NGO, Mazlan berkata mereka turut memutuskan untuk membawa isu berkaitan Koperasi Permodalan Felda Berhad ke pengetahuan Angkatan Koperasi Malaysia (Angkasa).

"Sudah sampai masanya dimaklumkan kepada Angkasa. Kita juga akan memohon pandangan yang dipertuanya termasuk (bekas YDP Angkasa) Ungku Aziz (Abdul Hamid)," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, beliau akan menulis surat kepada International Coorperative Alliance untuk melihat masa depan Koperasi Permodalan Felda yang disifatkannya sebagai agensi koperasi terpenting di Malaysia.

NGO yang hadir dalam mesyuarat itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Badan Bertindak Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI).

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-90749981437716053352011-12-27T23:55:00.001-08:002011-12-27T23:55:42.591-08:00Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuranBACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4064097171276218236.post-91280167213067751892011-12-27T23:43:00.001-08:002011-12-27T23:43:29.471-08:00ANAK buat aduan kedua isu pelantikan Isa SamadPersatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, aduan itu dibuat kerana badan yang dianggotai peneroka itu tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.

"Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar (menjadi) ahli koperasi Felda," katanya kepada pemberita selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, Kuala Lumpur.

Penjelasan SKM berkenaan didakwa bercanggah dengan satu surat perdana menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan pengerusi KPFB.

Sedangkan, jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB, kata Mazlan.

Malah, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas menteri besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPF, kata Mazlan lagi.

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan pelantikan pengerusi KPF mempunyai kaitan dengan penyenaraian satu lagi anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.PAS PAYA BESARhttp://www.blogger.com/profile/00935527773289663738noreply@blogger.com0