Saturday, January 7, 2012

OKU dapat bantuan daripda Pas Paya Besar

Baru-baru ini Pas Paya Besar melalui Cawangan Pas Panching Timur telah menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Abdul Latif. Bantuan itu adalah sumbangan ahli dan ajk Pas Kawasan Paya Besar dan juga MTD Panching. Ustaz Yusof Embong selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar telah meluangkan masanya dan menyampaikan bantuan tersebut agar dapat meringankan bebannya untuk membaiki rumah beliau yang dah uzur.

Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya telah pergi dengan rombongannya kerumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang diusahakan oleh ajk Pas Paya Besar maka bolehlah beliau membaikpulih rumah itu. Abdul Latif yang cacat anggota kaki menggunakan bantuan tongkat untuk meneruskan hidupnya amat terharu dan berterimakasih dengan semua ajk pas. Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk mengupah tukang.

sesiapa yang ingin membantua belaiu bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon 019-99333786

2 comments:

  1. salam perjuangan..
    FB DMP Paya Besar: https://www.facebook.com/pages/DMP-Kawasan-Paya-Besar/240453202692789
    Blog DMP Paya Besar: http://dmppayabesar.blogspot.com/
    Jemput m'jadi follower blog dan LIKE FB DMP Paya Besar..Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete
  2. salam..sy di pahak DMP Paya Besar, memohon izin utk m'copy artikal2 @ post2 yg terdapat di dalam blog ini utk dimuatkan ke dalam blog DMP Paya Besar (http://dmppayabesar.blogspot.com/)..

    ReplyDelete