Baru-baru
ini Pas Paya Besar melalui Cawangan Pas Panching Timur telah
menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Abdul
Latif. Bantuan itu adalah sumbangan ahli dan ajk Pas Kawasan Paya Besar
dan juga MTD Panching. Ustaz Yusof Embong selaku Yang Dipertua Pas
Kawasan Paya Besar telah meluangkan masanya dan menyampaikan bantuan
tersebut agar dapat meringankan bebannya untuk membaiki rumah beliau
yang dah uzur.
Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya telah pergi dengan
rombongannya kerumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan
oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang
diusahakan oleh ajk Pas Paya Besar maka bolehlah beliau membaikpulih
rumah itu. Abdul Latif yang cacat anggota kaki menggunakan bantuan
tongkat untuk meneruskan hidupnya amat terharu dan berterimakasih dengan
semua ajk pas. Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan
bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk
mengupah tukang.
sesiapa yang ingin membantua belaiu bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon 019-99333786
salam perjuangan..
ReplyDeleteFB DMP Paya Besar: https://www.facebook.com/pages/DMP-Kawasan-Paya-Besar/240453202692789
Blog DMP Paya Besar: http://dmppayabesar.blogspot.com/
Jemput m'jadi follower blog dan LIKE FB DMP Paya Besar..Allahu Akbar!!!
salam..sy di pahak DMP Paya Besar, memohon izin utk m'copy artikal2 @ post2 yg terdapat di dalam blog ini utk dimuatkan ke dalam blog DMP Paya Besar (http://dmppayabesar.blogspot.com/)..
ReplyDelete